Pesara Ambil Peluang Berbakti Kepada Masyarakat

UKAS  > Edisi-Tengah >  Pesara Ambil Peluang Berbakti Kepada Masyarakat
0 Comments

AHAD, 12 MAC 2023

SARIKEI: Umur bukan jadi penghalang untuk pesara terus menabur bakti kepada kerajaan dan masyarakat sepertimana semasa mereka berkhidmat dahulu. 

Menurut Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh, para pesara juga perlu tahu tentang bantuan-bantuan yang boleh diperolehi dari kerajaan negeri khususnya Kenyalang Gold Card (KGC) untuk kemudahan bersama.

“Meskipun tidak seaktif seperti dahulu kerana faktor umur dan kesihatan namun pengalaman serta idea mereka tetap penting bagi membantu agensi kerajaan serta wakil-wakil rakyat memberi pembangunan kepada rakyat,” katanya. 

Beliau berkata demkian semasa berucap dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke-12, Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak, Daerah Sarikei di Dewan Serbaguna Kampung Seberang Sarikei pada Jumaat. 

Tegas Datuk Len lagi, para pesara harus mengambil peluang seperti ini untuk mengeratkan lagi silaturahim antara ahli yang ada.

Dalam majlis tersebut, Datuk Len turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada persatuan untuk melaksanakan aktiviti tahunan mereka.

Turut hadir Pengerusi Pesara Daerah Sarikei Maimon Mahadi, Temenggung Awangku Ibrahim Pangeran Husin, Pemanca Awang Kenit Pengeran Ahmad, Penghulu Mustafa Hamdan dan Wakil Persatuan Pesara Negeri Sarawak Musa Ibrahim.-EDISI UKAS 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *