Program Siswa Berambeh Ke Debak Terap Nilai Kesukarelawan

UKAS  > Edisi-Tengah >  Program Siswa Berambeh Ke Debak Terap Nilai Kesukarelawan
0 Comments

AHAD, 12 MAC 2023

DEBAK: Program Siswa Berambeh Ke Debak bertujuan menggalakkan mahasiswa dan mahasiswi menyertai program kesukarelawan. 

Menurut Timbalan Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Mohammad Razi Sitam, ia bertujuan menerapkan nilai keprihatinan, kerjasama serta bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara Malaysia. 

“Dengan mengadakan program sebegini semestinya akan memberi impak yang positif buat mereka terutama dari aspek kemahiran insaniah. 

“Mereka yang kini masih belajar di universiti suatu hari nanti akan kembali juga ke masyarakat.

“Justeru itu Program Berambeh Siswa USM ini merupakan wadah terbaik untuk mereka dalam meningkatkan kemahiran insaniah terutama kemahiran berkomunikasi dan menjadikan mereka ebih cerna dengan masalah-masalah masyarakat,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Program Berambeh Siswa Universiti Sains Malaysia (USM) ke Debak pada Jumaat. 

Mohammad Razi dalam pada itu menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak USM Malaysia dalam menjayakan program ini. 

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Pengelola Program Berambeh Siswa USM 2023 yang diadakan di Kampung Debak, Sarawak anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia dan semua yang terlibat dalam menjayakan program. 

“Sama-sama kita berharap agar program ini dapat menerapkan sifat-sifat prihatin dan cerna para siswa terhadap masyarakat terutama masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman,” ujarnya. 

Lebih 20 orang mahasiswa dan mahasiswi dari USM turut serta dalam program ini. 

Antara pengisian program yang diadakan ialah sesi bersuai kenal bersama keluarga angkat, motivasi pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saribas dan ceramah MyCare Action oleh pihak Jabatan Bomba. 

Selain itu, Karnival Rakyat juga diadakan yang membawa pengisian seperti ceramah kesedaran kesihatan, kempen keselamatan komuniti, gotong-royong setempat dan pelbagai lagi pengisian lain.-EDISI UKAS 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *