Program Mahasiswa/Mahasiswi Berambeh Ke Debak Galak Penuntut Amal Aktiviti Sukarelawan

UKAS  > Edisi-Tengah >  Program Mahasiswa/Mahasiswi Berambeh Ke Debak Galak Penuntut Amal Aktiviti Sukarelawan
0 Comments

ISNIN, 13 MAC 2023

DEBAK: Program Mahasiswa/Mahasiswi Berambeh Ke Debak anjuran Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Pejabat Daerah Kecil Debak serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) melabuhkan tirai dengan berakhirnya Majlis Tautan Kasih.

Ia dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Mohammad Razi Sitam di Dewan Millennia, Debak pada Ahad.

Dalam ucapan ringkasnya, Mohammad Razi menjelaskan selain untuk memberikan galakan kepada mahasiswa dan mahasiswi terlibat dalam aktiviti sukarelawan, program ini juga dapat memberikan kesan kepada keharmonian dalam sebuah negara.

Justeru, beliau berharap agar program seumpama diteruskan demi menjaga keharmonian kaum di seluruh Malaysia amnya dan di Sarawak khususnya.

Program ini telah berlansung selama dua hari yang turut memberikan pengisian program anak angkat kepada penduduk di Debak.

Antara yang menarik perhatian ialah pengisian program bersama pelajar sekolah SMK Saribas di mana program tersebut membuka ruang kepada semua pelajar sekolah menengah khususnya yang berada di Tingkatan 5 dan 6 bagi memberi motivasi kepada anak-anak sekolah dalam meneruskan pendidikan mereka.

Ia turut diserikan dengan persembahan daripada Mahasiswa/Mahasiswi USM serta persembahan gendang Melayu dan persembahan ngajat yang telah dipersembahkan oleh penduduk di Kampung Debak.

Hadir sama Timbalan Presiden Persatuan Alumni USM Dan Perasatuan Alumni USM Sarawak merangkap Pegawai Tadbir Diplomatik Tugas-Tugas Khas Kepada Setiausaha Persekutuan Negeri Sarawak Mohd Iqbal Ismail, Ketua Unit Bahagian Hal Ehwal Pelajar merangkap Ketua Program Berambeh Siswa Mohd Hafiz Ali Mohd Anuar serta barisan KMKK. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *