Projek Fasa Pertama Naik Taraf Kemudahan Taman Bulatan Miri Siap

UKAS  > Edisi-Utara >  Projek Fasa Pertama Naik Taraf Kemudahan Taman Bulatan Miri Siap
0 Comments

JUMAAT, 17 MAC 2023

MIRI: Projek fasa pertama bagi menaik taraf beberapa kemudahan di Taman Bulatan Miri sudah siap sepenuhnya.

Timbalan Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, kerja-kerja naik taraf tersebut dilaksanakan di bawah projek tangunggjawab sosial korporat (CSR) Kumpulan Syarikat Shin Yang.

Menurutnya, antara kemudahan yang dinaik taraf ialah penambahan trek jogging sejauh 1.7 kilometer yang kerja-kerja naik taraf dimulakan pada April tahun lepas.

“Terima kasih kepada Pengarah Urusan Kumpulan Shing Yang Datuk James Ling Lu Kiong yang memulakan projek menaik taraf kemudahan di Taman Bulatan Miri ini.

“Saya berharap lebih banyak lagi kemudahan lain dibina dalam fasa kedua projek ini kelak,” jelasnya semasa menyaksikan penyerahan projek fasa satu Taman Bulatan Miri di sini pada Jumaat.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau berharap, projek CSR itu akan memberi manfaat khususnya kepada warga Miri. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *