SUPP Bintulu, PERKESO Bintulu Anjur Sesi Dialog Bersama Komuniti Bintulu

UKAS  > Edisi-Utara >  SUPP Bintulu, PERKESO Bintulu Anjur Sesi Dialog Bersama Komuniti Bintulu
0 Comments

JUMAAT, 17 MAC 2023

BINTULU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bintulu dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Bintulu menganjurkan satu sesi dialog untuk warga Bintulu di sini pada Khamis.

Setiausaha SUPP Bintulu, Peter Hii berkata, program berkenaan adalah bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat mengenai kebaikan serta bantuan yang disalurkan oleh PERKESO.

Jelas beliau, sesi Dialog seperti itu sangat memberi manfaat kepada pihak PERKESO kerana mereka dapat mempromosikan aktiviti, program, bantuan serta skim-skim yang dilancarkan.

Tambah beliau lagi, dengan adanya bantuan daripada pihak persatuan serta pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO), ia memudahkan PERKESO untuk bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain bagi menerangkan kebaikan PERKESO kepada komuniti.

Sementara itu, Pengurus Cawangan PERKESO Bintulu Jimmy Hendrick Kijon berharap, pihaknya akan dapat berkerjasama dengan SUPP Bintulu untuk menganjurkan Program untuk komuniti di kawasan Bintulu dalam masa terdekat.-Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *