Belia Kongsi Aspirasi Dengan Pemimpin Dalam Jelajah Belia Sarawak 23@Saratok

UKAS  > Edisi-Tengah >  Belia Kongsi Aspirasi Dengan Pemimpin Dalam Jelajah Belia Sarawak 23@Saratok
0 Comments

SABTU, 18 MAC 2023

SARATOK: Kira-kira 500 orang belia di kawasan Saratok mengambil bahagian dalam program Jelajah Belia Sarawak 23@Saratok yang diadakan pada Sabtu di Pentas Utama Sri Kalaka.

Program siri ke 22/23 itu dianjurkan oleh Kementerian Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) dengan kerjasama kawasan Krian dan Kalaka.

Ia dirasmikan oleh Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan turut dihadiri Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Gerald Rentap Jabu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka Mohamad Duri, ADUN Krian Friday Belik dan Setiausaha Tetap MYSED Morshidi Frederick.

Program ini merupakan jelajah seluruh Sarawak bagi mengesan keperluan belia untuk masa depan terutama dalam pembangunan teknologi.

Di samping itu, ia memberi peluang kepada belia untuk meluahkan aspirasi mereka untuk membangunkan kawasan Saratok melalui dialog secara bersemuka bersama pemimpin.

Menurut Dato Sri Abdul Karim, belia merupakan pewaris kepada kepimpinan masa depan yang akan mencorak pembangunan negara.

Ujarnya, belia mewakili 43 peratus dari 2.9 juta penduduk yang perlu dibentuk supaya negara dapat maju dengan idea-idea yang baharu.

Berbagai pameran juga diadakan selain persembahan nyanyian dari artis terkenal sepanjang dua hari program diadakan. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *