Jabatan Perbendaharaan Negeri Rangkul Anugerah Khas Kecemerlangan Inovasi 2022

UKAS  > Edisi-Tengah >  Jabatan Perbendaharaan Negeri Rangkul Anugerah Khas Kecemerlangan Inovasi 2022
0 Comments

SABTU, 18 MAC 2023

SIBU: Kumpulan Five’O2 dari Jabatan Perbendaharaan Negeri berjaya memenangi Anugerah Khas Kecemerlangan Inovasi 2022.

Kejayaan mereka itu menerusi projek bertajuk ‘Kelewatan Proses Tuntutan Perjalanan Pegawai Awam Negeri Sarawak’.

Hadiah disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki pada majlis makan malam Sempena Persidangan Pegawai-Pegawai Daerah Sarawak yang turut dihadiri 300 orang penjawat awam di Hotel Kingwood Sibu pada Jumaat.

Dalam majlis sama, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar turut menyampaian Anugerah Inovasi Trofi Setiausaha Kerajaan Sarawak.

Sementra itu, bagi kategori Jabatan Premier Sarawak pemenang disandang oleh Kumpulan Innovengers dari Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) dengan projek ‘Pengurusan Risiko Keselamatan Rumah Ibadah Berasaskan Sistem Automasi Bangunan (Teknologi Internet Of Things (Iot) Dan Global System For Mobile’.

Tempat kedua Kumpulan New Border Scout dari Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) dengan projek ‘Pembasmian Wabak Rabies Di Sarawak: Penubuhan Immune Belt Enforcement Team’.

Manakala tempat ketiga Kumpulan Lavender dari Unit Audit Dalam dengan projek ‘Kesukaran Menentukan Penilaian Markah Kriteria eCSA’.

Bagi kategori Kategori Pejabat Residen dan Daerah, johan dimenangi Kumpulan Karabau dari Pejabat Daerah Limbang dengan ‘Projek Electronic Community of Penan (e-COPEN)’.

Tempat kedua dirangkul Kumpulan RES-Q8 dari Pejabat Residen Bahagian Limbang dengan projek ‘Program Khidmat Sokongan Pekerja Yang Tidak Mendapat Sambutan Daripada Kakitangan’.

Manakala Kumpulan The Administrator dari Pejabat Daerah Dalat di tempat ketiga dengan projek ‘Ketiadaan Sistem Penilaian Prestasi Dan Kepimpinan Ketua Masyakarat Dan Ketua Kaum’.

Penganjuran Konvensyen Mini Kumpulan Innovative and Creative Circle Peringkat Jabatan Premier Sarawak (JPS) dan Pejabat Residen & Daerah (R&DO) telah diadakan di Grand Margherita Hotel, Kuching pada 1 dan 2 Ogos 2022 yang lalu.

Dalam pada itu, sebanyak enam kumpulan ICC dari Pejabat Residen dan Daerah, lapan Kumpulan ICC dari JPS dan tiga kumpulan ICC dari agensi bukan JPS telah menyertai konvensyen mini.

Daripada jumlah tersebut, tujuh kumpulan ICC telah berjaya melepasi saringan dan bertanding ke peringkat akhir Sarawak Civil Service Innovation Convention Awards (SCSICA) 2022.

Pelaksanaan konvensyen ICC 2022 telah mempamerkan satu kelainan dan pembaharuan yang amat ketara di mana buat julung kalinya pada tahun lepas, Mini Konvensyen ICC atau peringkat saringan telah dilaksanakan secara berperingkat dan berasingan di setiap kementerian, JPS dan R&DO dengan jayanya yang melibatkan sebanyak 17 pasukan.

Turut hadir Timbalan-Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datu Dr Muhammad Zaidel Abdullah (Perancang Ekonomi dan Pembangunan), Datu Buckland Bangik (Pentadbiran) dan Datu Hii Chang Kee (Operasi), Pengarah Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia Datu  Ismail Mohamad Hanis, Residen Bahagian Sibu Wong Heng Sieng dan Ketua-Ketua Jabatan. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *