Kerjasama Baik Penduduk Bantu Pembangunan DUN Kuala Rajang

UKAS  > Edisi-Tengah >  Kerjasama Baik Penduduk Bantu Pembangunan DUN Kuala Rajang
0 Comments

SABTU, 18 MAC 2023

SARIKEI: Kerjasama baik antara semua penduduk dan pemimpin di Kampung Sarikei dapat membantu pemimpin dan wakil-wakil rakyat melaksanakan tugasan. 

Timbalan Menteri Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang Datuk Len Talif Salleh berkata, selain itu ianya dapat membantu dalam melaksanakan pembangunan di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang.

“Penglibatan antara kaum yang berbilang bangsa dan agama termasuk wakil-wakil rakyat akan melancarkan lagi serta memudahkan perlaksanaan semua aspek pembangunan khususnya di Sarikei,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam Program Gotong-Royong Pembersihan Tanah Perkuburan Islam (Lama) Sarikei yang dianjurkan oleh Ketua-ketua Masyarakat dan Ketua-ketua Kaum (KMKK) Daerah Sarikei pada Sabtu. 

Lebih 200 orang warga Sarikei hadir pada gotong-royong tersebut yang turut mendapat kerjasama dari agensi kerajaan seperti Bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Anggota Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Difahamkan, gotong-royong ini dijalankan setiap tahun sebagai persediaan menjelang sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Selain itu, ianya juga dijalankan bagi mengukuhkan silaturahim antara penduduk Sarikei selain memastikan tanah perkuburan sentiasa bersih dan teratur.

Hadir sama bagi menjayakan gotong-royong ialah Temenggong, Pemanca, Penghulu, Ketua-ketua Kaum serta anggota PDRM, Bomba, RELA dan APM.-EDISI UKAS 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *