Program UKAS @ Komuniti (Begulai, Sejalai, Sepenemu) Meriah, Tarik Penyertaan Masyarakat Akar Umbi

UKAS  > Edisi-Selatan >  Program UKAS @ Komuniti (Begulai, Sejalai, Sepenemu) Meriah, Tarik Penyertaan Masyarakat Akar Umbi
0 Comments

SABTU, 18 MAC 2023

SRI AMAN: Masyarakat di sekitar Engkramut di sini tidak melepaskan peluang memeriahkan program UKAS @ Komuniti (Begulai, Sejalai, Sepenemu) yang diadakan di Rumah Faizal Edmund Minit.

Pelbagai pengisian aktiviti diadakan semasa program yang dianjurkan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) itu yang telah bermula pada petang Jumaat.

Antaranya adalah pertandingan mewarna bagi kanak-kanak dan dewasa, senamrobik, sukaneka dan pameran.

Program yang diadakan pada kali pertama tahun 2023 itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang, pada Sabtu.

Majlis perasmian turut dimeriahkan dengan kehadiran Pegawai Tadbir Khas, Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA), Datu Indit Bangai dan Pegawai Tadbir Khas UKAS Datu Takun Sunggah, Tuai Rumah Faizal serta yang lain.

Pada majlis tersebut, Datuk Mong menyampaikan sijil lantikan penghulu dan sijil lanjutan lantikan Tuai Rumah bagi kawasan Dau.

Objektif utama penganjuran program adalah untuk mempromosikan fungsi dan peranan UKAS kepada komuniti.

Program turut disertai agensi kerajaan lain dari bahagian Sri Aman termasuk Jabatan Kesihatan Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kebajikan,
Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) dan Jabatan Pengairan dan Saliran.

Pada program yang sama Pertubuhan Kebajikan Sinar Murni Kuching dan Samarahan dan The Malaysian Church of Jesus Christ of Latter-day Saint telah menyampaikan 95 alat pemadam api untuk 10 buah kampung di kawasan Engramut, Po Ai, Nyelam dan Klauh.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *