670 Pelajar Sertai Program Gunting Rambut Percuma ‘Back To School’ Kuala Rajang

UKAS  > Edisi-Tengah >  670 Pelajar Sertai Program Gunting Rambut Percuma ‘Back To School’ Kuala Rajang
0 Comments

AHAD, 19 MAC 2023

SARIKEI: Seramai 670 orang murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang tampil dalam Program Gunting Rambut Percuma ‘Back To School’ Kuala Rajang.

Seramai 30 orang tukang gunting telah terlibat menjayakan program kali ini diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Seberang Sarikei pada Sabtu.

Program Gunting Rambut Percuma Kuala Rajang diadakan serentak di tujuh lokasi di Sarikei, Selalang, Sare, Belawai, Rajang, Jerijih dan Tanjong Manis dianjurkan bersama oleh Pemuda dan Saberkas Kuala Rajang.

Dalam pada itu, program ini merupakan salah satu program ‘Back To School’ yang dianjurkan secara tahunan oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh. 

Difahamkan, Program Gunting Rambut Percuma ini bermula pada jam 9 pagi sehingga 4.30 petang di setiap lokasi yang telah ditetapkan bagi memudahkan anak-anak pengundi DUN Kuala Rajang yang bakal memasuki sesi persekolahan dalam masa terdekat.

Program ini sentiasa mendapat sambutan dari para pelajar dan para ibu bapa kerana ianya membantu mengurangkan tanggungan menjelang bermulanya sesi persekolahan tahun ini.-EDISI UKAS 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *