Pengorbanan Veteran ATM Tidak Harus Dilupakan

UKAS  > Edisi-Tengah >  Pengorbanan Veteran ATM Tidak Harus Dilupakan
0 Comments

AHAD, 19 MAC 2023

SARIKEI: Pengorbanan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak harus dilupakan dan golongan muda harus faham tentang asa yang telah diberikan oleh mereka dalam memastikan keselamatan negara dari ancaman pengganas komunis.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh berkata, veteran ini telah mempertaruhkan nyawa mereka dan apa yang mereka perjuangkan kini dapat dinikmati oleh generasi sekarang iaitu keamanan.

“Semangat setia dan berjuang veteran ATM di Sarikei tetap utuh seperti semasa berkhidmat dalam angkatan tentera dahulu meskipun sedikit terkilan kerana disisihkan dalam Pembentangan Bajet Malaysia baru-baru ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-66 Persatuan Veteran ATM Cawangan Sarikei di Hotel Wawasan Inn, Sarikei pada Sabtu. 

Dalam majlis tersebut, Datuk Len yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang mengumumkan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Veteran ATM Cawangan Sarikei bagi mengadakan program sepanjang tahun. 

Justeru beliau berharap lebih ramai lagi bekas-bekas tentera dapat menyertai persatuan ini pada masa akan datang.

Seramai 30 Ahli Persatuan Veteran ATM Cawangan Sarikei hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan dan melakukan pemilihan bagi kepimpinan yang baru.-EDISI UKAS 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *