Dato Sri Lee Santuni 200 Penduduk Kampung Pengkalan Lutong Dalam Majlis Tahlil Perdana 2023

UKAS  > Edisi-Utara >  Dato Sri Lee Santuni 200 Penduduk Kampung Pengkalan Lutong Dalam Majlis Tahlil Perdana 2023
0 Comments

AHAD, 19 MAC 2023

MIRI: Seramai 200 penduduk sekitar Kampung Pengkalan Lutong telah menyertai Majlis Tahlil Perdana 2023 di Pengkalan Lutong, Miri pada Ahad.

Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Dato Sri Lee Kim Shin turut hadir bagi menyempurnakan majlis itu serta menyantuni para peserta.

Majlis anjuran bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Pengkalan Lutong, Rukun Tetangga Ranting Pengkalan Lutong dan Hikmah Ranting Lutong ini bertujuan untuk memupuk tanda ingatan dan rasa kasih sayang terhadap warga setempat khususnya ahli-ahli JKKK dan Hikmah Ranting Lutong yg telah lama meninggal dunia.

Selain itu ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan ukhuwah sesama penduduk kampung.

Program ini merupakan program tahunan penduduk kampung sebelum bermulanya bulan Ramadan.

Hadir sama, Ketua Kampung Pangkalan Lutong merangkap Pengerusi JKKK Pengkalan Lutong Ali Mat, Pengerusi Hikmah Ranting Lutong Jemain Kassim dan ahli-ahli jawatankuasa Kampung Pengkalan Lutong. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *