Masjid & Surau Di DUN Lambir Terima Sumbangan Menjelang Bulan Ramadan

UKAS  > Edisi-Utara >  Masjid & Surau Di DUN Lambir Terima Sumbangan Menjelang Bulan Ramadan
0 Comments

AHAD, 19 MAC 2023

MIRI: Sebanyak empat masjid dan 19 surau dari sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir telah menerima sumbangan bagi menyerikan suasana menjelang bulan Ramadan.

Penyerahan sumbangan sebanyak RM2,000 bagi setiap masjid dan RM1,000 untuk setiap surau telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Dr Ripin Lamat di Pusat Khidmat DUN Lambir pada Sabtu.

Antara penerima dari kalangan masjid ialah Masjid Taman Tunku, Masjid Bakam, Masjid Tar dan Masjid Keluru Jaya.

Manakala penerima dari kalangan surau pula terdiri daripada Surau Kawang, Surau Nusah, Surau Hunai, Surau Satap, Surau Opak, Surau Sepurau, Surau Subak, Surau Keluru Tengah, Surau Kejapil, Surau Beraya, Surau Beraya Lama, Surau Siwak, Surau PPR, Surau Damai, Surau Kampung Wawasan, Surau Sg Dalam, Surau Batu 8 dan Surau Kampung Riam Batu 2.

Dalam pada itu, sumbangan tersebut diharap dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk urusan masing-masing. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *