Billy Sujang Dilantik Sebagai Pengerusi SABERKAS Cawangan Opar

UKAS  > Uncategorized >  Billy Sujang Dilantik Sebagai Pengerusi SABERKAS Cawangan Opar
0 Comments

AHAD, 19 MAC 2023

LUNDU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang telah dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Opar.

Pelantikan itu diumumkan di dalam Mesyuarat Agung Tri Tahunan SABERKAS Cawangan Opar, semasa pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi sesi 2023 hingga 2025 di Dewan Mahligai Gading Lundu pada Sabtu.

Sehubungan dengan amanah baharu itu, Billy semasa berucap telah menggesa dan menggalakkan para belia di kawasannya untuk menyertai SABERKAS Cawangan Opar bagi menggalakkan penglibatan mereka di dalam aktiviti komuniti dan masyarakat setempat agar seiring dengan perkembangan dunia semasa.

Beliau turut menyatakan harapannya agar SABERKAS mampu menganjurkan lebih banyak program dan bergerak aktif di kawasan Opar bagi menambah keahlian di samping memastikan belia yang terlibat akan mendapat manfaat.

Turut hadir semasa mesyuarat tersebut ialah Setiausaha Eksekutif SABERKAS Negeri Sarawak, Iszuan Haroni.-Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *