Kapasiti Baharu Loji Rawatan Air Nyabau Tampung Permintaan Bekalan Air Domestik & Industri Di Bintulu

UKAS  > Edisi-Tengah >  Kapasiti Baharu Loji Rawatan Air Nyabau Tampung Permintaan Bekalan Air Domestik & Industri Di Bintulu
0 Comments

RABU, 22 MAC 2023

BINTULU: Loji Rawatan Air Nyabau yang dinaik taraf pada tahun 2021 dengan kapasiti baharu 354 JLH dijangka menampung permintaan bekalan air domestik dan industri yang semakin meningkat di Bintulu.

Sehubungan itu, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi telah mengadakan lawatan kerja ke loji berkenaan bersempena dengan Sambutan Hari Sedunia 2023, pada Selasa.

Untuk rekod, Loji Rawatan Air Nyabau Bintulu disasarkan untuk membekalkan 65 MLD air selaras dengan sasaran Sistem Grid Bekalan Air menjelang 2025.

Turut hadir dalam lawatan kerja itu ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Telekomunikasi), Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi, Jafri Lias dan Pengerusi LAKU Management Sdn. Bhd., Datuk Nelson Balang Rining. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *