Pejabat Daerah Sebuyau Tingkat Tahap Kebersihan & Elak Pembiakan Nyamuk Aedes

UKAS  > Edisi-Selatan >  Pejabat Daerah Sebuyau Tingkat Tahap Kebersihan & Elak Pembiakan Nyamuk Aedes
0 Comments

RABU, 22 MAC 2023

SEBUYAU: Pejabat Daerah Sebuyau telah mengadakan program gotong-royong membersih sekitar perkarangan luar pejabatnya pada Selasa.

Inisiatif yang melibatkan semua kakitangan itu bertujuan meningkatkan tahap kebersihan di samping mengelak pembiakan nyamuk aedes atau penularan wabak penyakit Denggi.

Program dimulakan dengan taklimat ringkas daripada pegawai urusetia, Nur Fazireen Yusuf pada pukul 2.30 petang bagi pembahagian kawasan pembersihan.

Turut serta dalam program tersebut ialah Pegawai Daerah Sebuyau, Ayuradiman Bujang.-Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *