STATO Brunei Akan Beroperasi Tahun Ini

UKAS  > Edisi-Utara >  STATO Brunei Akan Beroperasi Tahun Ini
0 Comments

RABU, 22 MAC 2023

BRUNEI DARUSSALAM: Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak (STATO) Brunei akan memulakan operasi pada tahun ini.

STATO Brunei akan menjadi pusat sehenti atau ‘one stop centre’ kepada pelaburan, perniagaan serta pelancongan di Brunei Darussalam.

Objektif penubuhan STATO Brunei adalah untuk meningkatkan lagi kerjasama perniagaan dan pelancongan di antara Brunei Darussalam dan Sarawak.

Sementara itu Sarawak Trade & Tourism Sdn. Bhd. dan Pavo Point Management telah menandatangani perjanjian penyewaan untuk STATO Brunei di sini pada Rabu.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki telah mewakili STATO Brunei Sdn Bhd, manakala Awang Damit Awang Osman mewakili Pavo Point Management.

Perjanjian yang ditandatangani itu telah disaksikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Dato’ Raja Reza Raja Zaib Shah. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *