RASDA Pacu Pembangunan Ngemah

UKAS  > Edisi-Tengah >  RASDA Pacu Pembangunan Ngemah
0 Comments

KHAMIS, 23 MAC 2023

KANOWIT: Pembangunan di kawasan luar bandar terus menjadi fokus kerajaan Sarawak melalui penubuhan pelbagai agensi antaranya Agensi Pembangunan RASCOM atau RASDA.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana berkata penubuhan RASDA telah diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Skim Penempatan Semula (SPS) Nanga Ngungun pada 18 November 2022 dengan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion.

Justeru katanya, sekretariat RASDA telah mengadakan mini lab melibatkan Jawatankuasa Kerja yang dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Infrastruktur, Pertanian, RASCOM, Ekonomi Bukan Pertanian dan Pembangunan Sosial.

Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan mini lab tersebut di Pejabat Daerah Kanowit pada Rabu.

Tegasnya, semua pihak perlu bekerjasama untuk membangunkan kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ngemah.

Ujarnya, perbincangan ini adalah untuk mengumpul cadangan dan idea daripada peserta yang terlibat bagi mengemukakan cadangan pembangunan di bawah kawasan RASDA nanti.

Hasil daripada perbincangan ini akan dikemaskini oleh Pejabat Daerah Kanowit dan seterusnya dikemukakan semasa mesyuarat atau Lab RASDA akan datang.  

Hadir sama Pegawai Daerah Kanowit Jackline August, tiga Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Petrus Igat, Maurice Giri dan Susan Clement, salah seorang pengasas RASDA William Baja Jap serta Ketua Jabatan dan Ketua Masyarakat. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *