Projek Loji Air Sekuau Kini Di Peringkat Reka Bentuk Terperinci

UKAS  > Edisi-Utama >  Projek Loji Air Sekuau Kini Di Peringkat Reka Bentuk Terperinci
0 Comments

JUMAAT, 24 MAC 2023

KUALA LUMPUR: Projek menaik taraf Loji Air Sekuau, Selangau, Sibu, kini berada di peringkat reka bentuk terperinci oleh perunding yang dilantik oleh Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah. 

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, projek itu mengalami sedikit kelewatan lantaran berlakunya perubahan skop dan kos projek daripada RM65.2 juta kepada RM117.04 juta selepas Makmal Kajian Nilai (VA Lab) dilaksanakan.

Tambahan beliau, projek ini dijangka melalui Makmal Kejuruteraan Nilai (VE Lab) dalam suku kedua tahun 2023 dan pelaksanaan projek ini akan memberi manfaat kepada 980 bilangan pintu di kawasan Sekuau dan sekitarnya.

Beliau berkata dalam jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Selangau, Edwin Banta di Dewan Rakyat pada Khamis yang memohon penjelasan mengenai projek yang telah diumumkan pada tahun 2016. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *