Pusat Khidmat Parlimen Santubong Jamin Kerjasama Dengan Pusat Khidmat DUN Tanjong Datu

UKAS  > Edisi-Selatan >  Pusat Khidmat Parlimen Santubong Jamin Kerjasama Dengan Pusat Khidmat DUN Tanjong Datu
0 Comments

SABTU, 16 SEPTEMBER 2023

LUNDU: Ahli Parlimen Santubong, Dato Sri Nancy Shukri telah memberikan jaminan bahawa pusat khidmat beliau akan sentiasa bekerjasama dengan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) N3 Tanjong Datu. 

Beliau menyatakan komitmen ini semasa berucap dalam Sesi Randau Ahli Parlimen P193 Santubong Bersama Pemimpin Masyarakat Sesi 3/2023 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Mahligai Gading, di sini  pada Jumaat.

Berucap ringkas, Dato Sri Nancy yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia menekankan bahawa beliau akan memberikan perhatian khusus kepada pembangunan sektor pelancongan di daerah Lundu. 

Pada masa sama, beliau juga berjanji untuk memberi sokongan kepada golongan yang terlibat dalam perniagaan dan komuniti setempat.

Seramai 67 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dari kawasan Tanjong Datu turut serta dalam sesi tersebut.

Majlis itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan dan Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani.-Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *