UNIFOR Salur Dana Berjumlah RM320,000 Kepada 2 Rumah Ibadat Di Miri

UKAS  > Edisi-Utara >  UNIFOR Salur Dana Berjumlah RM320,000 Kepada 2 Rumah Ibadat Di Miri
0 Comments

ISNIN, 18 SEPTEMBER 2023

MIRI: Kerajaan Sarawak melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) terus menjaga keperluan agama-agama lain dengan memperuntuk dana berjumlah RM320,000 kepada dua rumah ibadat di sini.

Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Dato Sri Lee Kim Shin telah menyerahkan cek bagi dana tersebut pada Ahad dengan RM200,000 diserahkan kepada Senadin Methodist Preaching Centre di Desa Senadin manakala Gereja Methodist Tudan di Tudan Desaras pula menerima RM120,000.

Beliau ketika ditemui memberitahu, pemberian dana berkenaan menunjukkan keprihatinan kerajaan Sarawak dalam menyokong institusi agama-agama lain di negeri ini.

“Peruntukan dengan jumlah keseluruhan RM320,000 ini menunjukkan usaha kerajaan Sarawak menerusi UNIFOR untuk terus memberi sokongan dan bantuan kepada pembangunan pelbagai rumah ibadat lain termasuk gereja, tokong dan gurdwara agar mereka juga dapat menyalurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan,” katanya. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *