SADA Pacu Pembangunan Sektor Pelancongan Sri Aman

UKAS  > Edisi-Selatan >  SADA Pacu Pembangunan Sektor Pelancongan Sri Aman
0 Comments

SELASA, 19 SEPTEMBER 2023

SRI AMAN: Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) akan terus memacu pembangunan sektor pelancongan di bahagian Sri Aman.

Pengerusi SADA Dato Sri Rohani Abdul Karim berkata, dalam hal ini, SADA telah memperuntuk beberapa projek pembangunan di kawasan Lingga. 

“Antara kawasan di daerah Lingga yang akan dibangunkan ialah Gunung Lesung dengan konsep pelancongan berasaskan komuniti,” jelasnya.

 Beliau berkata demikian pada Majlis Randau Bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Daerah Lingga di sini pada Isnin.

Dato Sri Rohani juga menyarankan barisan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) agar menyuarakan pelan pembangunan bagi kawasan masing-masing supaya SADA boleh mempercepatkan proses pelaksanaan projek serta mendapatkan peruntukan.

Katanya lagi, SADA juga akan membangunkan pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk belia tempatan yang berminat dalam bidang teknikal di Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Sri Aman.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi SADA Datuk Amar Jaul Samion, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor, Pegawai Tadbir Khas SADA Datu Indit Bangai dan Pemangku Pegawai Daerah Lingga Frank Lani. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *