RABU, 7 FEBRUARI 2024

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman berkesempatan menyantuni pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang Hilir di sini pada Rabu.

Beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada pelajar sekolah berkenaan yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Para pelajar harus sentiasa percaya dan yakin pada diri untuk menjawap segala soalan yang ada.

“Perjuangan masih panjang, masih banyak yang harus ditempuhi selepas menghadapi SPM ini dan tidak lupa juga restu dan doa kedua ibu bapa lebih penting dari segalanya,” katanya.

Difahamkan, seramai 237 pelajar SPM di sekolah tersebut terdiri daripada berbilang agama dan bangsa yang melibatkan penduduk di kawasan Matang, Sungai Tengah dan Gita.

Dalam masa sama, pihak pengurusan sekolah SMK Matang Hilir mengamalkan menyediaan makanan tengah hari kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.

Program tersebut adalah inisiatif pihak sekolah dengan mengumpul dana dari sumbangan ibu bapa pelajar, guru-guru termasuk dana geran tahunan ADUN N6 Tupong untuk pihak sekolah. -EDISI UKAS

add comment