Datuk Amar Douglas Serta Isteri Hadir Majlis Kesyukuran Di Spaoh
SPAOH: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta isteri, Datin Amar Dato Doreen Mayang berkesempatan meluangkan masa menghadiri Majlis Kesyukuran Keluarga Penghulu Kampung Melayu Spaoh, Allem Ahi di Kampung Hilir, di sini pada Selasa.
Majlis kesyukuran itu berlangsung dalam suasana mesra dan penuh muafakat, sambil menekankan peranan Penghulu Allem Ahi dalam memupuk semangat kerjasama serta membina jaringan komuniti yang erat di Spaoh.
Datuk Amar Douglas yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, menyifatkan majlis tersebut sebagai platform penting bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara wakil rakyat, pemimpin tempatan dan masyarakat setempat, sambil menghayati nilai-nilai tradisi Melayu iaitu muafakat, hormat-menghormati dan kerjasama dalam komuniti.
Turut hadir ialah Ahli Parlimen Betong Dato Dr Richard Rapu, Pegawai Tadbir Khas Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) Abang Mohamed Abang Turkey, Setiausaha Majlis Daerah Betong Lister Clement Guwie dan Pegawai Tadbir Menguasa Daerah Kecil Spaoh Denny Lim.
Penghulu Allem Ahi dan keluarga merakamkan penghargaan kepada semua tetamu yang hadir menambah makna kepada majlis kesyukuran tersebut.-EDISI UKAS