![]() |
AJAX Error Sorry, failed to load required information. Please contact your system administrator. |
|
| Close | ||
SARATOK: Seramai 140 penjaja tempatan menjadikan Bazaar Ramadan Saratok sebagai medan rezeki sepanjang bulan Ramadan tahun ini, sekali gus mengimarahkan suasana bulan mulia itu dan kemeriahan di daerah tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri telah menyempurnakan perasmian bazar berkenaan di Pentas Utama Sri Kalaka, pada Isnin.
Sejurus selesai majlis perasmian, beliau meluangkan masa melawat gerai-gerai jualan serta beramah mesra dengan para penjaja dan pengunjung.
Beliau turut meninjau sendiri sambutan jualan serta keadaan peniaga kecil yang bergantung kepada bazaar sebagai sumber pendapatan tambahan.
Penganjuran kali ini bukan sahaja menawarkan pelbagai juadah berbuka puasa merangkumi hidangan tradisional dan moden, malah turut menyediakan satu petak khas zakat bagi memudahkan orang ramai menunaikan kewajipan sepanjang Ramadan.
Penyertaan yang memberangsangkan mencerminkan keyakinan peniaga terhadap potensi jualan di samping sokongan berterusan masyarakat setempat terhadap bazaar tahunan tersebut sebagai platform menjana pendapatan.-EDISI UKAS