100 Penjawat Awam Disantuni, Terima Sumbangan MAKSAK Sarawak
KUCHING: Seramai 100 orang penjawat awam Sarawak menerima sumbangan ikhlas Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Sarawak dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Penjawat Awam di Dewan Serbaguna, Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Isnin.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah menyampaikan kepada 20 wakil penerima selaku Penaung MAKSAK Sarawak selepas selesai majlis iftar.
Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Selain itu, ia turut dihadiri Menteri Di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, barisan Timbalan Menteri Sarawak, ketua-ketua jabatan serta dif kenamaan lain.
Terdahulu, Premier Sarawak menunaikan solat Maghrib bersama dif-dif kehormat dan penjawat awam Islam.
Usai majlis penyampaian sumbangan, Premier Sarawak bersama dif-dif kehormat menunaikan solat Isyak dan diteruskan dengan solat sunat tarawih sebelum menutup majlis dengan jamuan moreh. -EDISI UKAS
Disediakan oleh: Ahmad Daniel Faiz
Gambar: Ibanez Jeffery & George Embie