Saluran Paip Baharu Tambah Baik Kemudahan Tanah Perkuburan Islam Kemuyang
SIBU: Kemudahan di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang telah dipertingkat menerusi pemasangan saluran air paip baharu dalam satu program gotong-royong yang diadakan pada Ahad lalu.
Penambahbaikan tersebut merupakan inisiatif Kelab Belia Lestari (RLM Brothers), sebuah pertubuhan belia yang aktif melaksanakan program kemasyarakatan dan kebajikan di kawasan setempat.
Program berkenaan turut melibatkan kerja-kerja pembersihan bagi memastikan persekitaran tanah perkuburan sentiasa bersih.
Pihak pengurusan Tanah Perkuburan Islam Kemuyang turut merakamkan penghargaan kepada semua penyumbang dan sukarelawan yang telah membantu menjayakan program tersebut.
Usaha seumpamanya mencerminkan semangat kerjasama dan keprihatinan masyarakat dalam memelihara kemudahan awam demi manfaat bersama.-EDISI UKAS