KOTA SAMARAHAN: Kemunculan pengasas asal kumpulan XPDC, Izo bersama Real XPDC menjadi tumpuan pada malam penutup GEMA@KKDW Sarawak 2026 di Halaman Samarahan, di sini, pada Ahad.
Persembahan kumpulan rock berkenaan mendapat sambutan pengunjung yang hadir bersama keluarga dan rakan-rakan, dengan penonton turut menyanyikan lagu-lagu popular sepanjang persembahan.
Kehadiran Izo & Real XPDC turut mengimbau nostalgia peminat muzik rock menerusi persembahan yang disusuli sorakan dan tepukan daripada penonton.
Konsert tersebut menjadi kemuncak pengisian GEMA@KKDW Sarawak 2026 yang berlangsung dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, sukan dan kebudayaan di Kota Samarahan.
Penganjuran program berkenaan turut menyediakan ruang kepada masyarakat untuk berinteraksi dan menyertai aktiviti santai bersama komuniti. -EDISI UKAS