ADUN Pantai Damai Agih 300 Pek Bubur Lambuk Di Masjid Kampung Selang Ulu

RABU, 5 MEI 2021

KUCHING: Sebanyak 300 bungkus bubur lambuk diagihkan sempena program sumbangan Pantai Damai Prihatin pada Selasa.

Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam & DBKU) merangkap Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi telah menyerahkan kesemua bungkusan bubur lambuk kepada penduduk kampung di Masjid Kampung Selang Ulu.

Dalam pada itu juga, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menyampaikan sumbangan bantuan makanan kepada 20 orang penerima yang terdiri daripada ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan keluarga yang kurang berkemampuan bagi menyambut Aidilfitri yang bakal tiba. –EDISI UKAS