52 Mangsa Banjir Ditempatkan PPS Dewan Masyarakat Trusan

JUMAAT, 21 MEI 2021

TRUSAN: Seramai 52 orang dari Kampung Seberang Kedai, Kampung Senduyun, Kampung Masjid dan Kampung Tengah telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air pada Khamis. 

Mereka ini dipindahkan berikutan keadaan air yang terus menunjukkan kenaikan dan sebagai langkah keselamatan. 

Dijangka keadaan ini akan berterusan memandangkan keadaan cuaca yang masih hujan dan air sungai yang masih naik dan deras. -EDISI UKAS