Pusat Khidmat Batang Sadong, Pusat Khidmat Gedong Hantar Bekalan Air Bersih Di Kawasan Zon Pangkor

JUMAAT, 6 OGOS 2021

GEDONG: Pusat Khidmat Batang Sadong dengan kerjasama Pusat Khidmat Gedong telah menghantar bekalan air bersih di kawasan Zon Pangkor pada Jumaat.

Penghantaran tersebut adalah berikutan musim kemarau yang berpanjangan di kawasan tersebut sehingga mengakibatkan bekalan air takungan dan sungai menjadi kering serta menyebabkan bekalan air bersih terjejas.

Inisiatif penghantaran bekalan air bersih kepada penduduk di kawasan Zon Pangkor itu diharap dapat membantu sedikit sebanyak masalah bekalan air yang dialami di kawasan tersebut.

Difahamkan, beberapa buah kampung di Zon Pangkor sebelum ini juga telah menerima bantuan air mineral daripada Ahli Parlimen Batang Sadong , Dato’ Sri Nancy Shukri serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Datuk Mohd Naroden Majais dan juga daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan.-EDISI UKAS