ISNIN, 30 JANUARI 2023

TATAU: Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai telah mengadakan lawatan kerja bagi melihat sendiri beberapa projek di sekitar Ulu Kakus di sini pada Jumaat.

Beliau bersama rombongan yang turut disertai Pegawai Daerah Tatau Jabang Juntan dan wakil dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak Ngu Tie Hwa memulakan lawatan ke Projek Bina Baharu Jalan Rumah Taa yang telah siap dilaksanakan.

Difahamkan, projek bernilai RM1 juta itu diperuntuk melalui Dana Lembaga Kumpulan Wang Konsesi Hutan (LWKKH) Tahun 2021 dengan skop projek meliputi jalan sepanjang 5.8 kilometer.

Seterusnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus itu meneruskan lawatannya ke Rumah Robert Nuing bagi meninjau keadaan jalan di situ. – EDISI UKAS

add comment