ISNIN, 29 JANUARI 2024

KUCHING: Seorang anak Sarawak, Dion Das Louis yang dinobatkan sebagai juara Grand Final Malaysian Championship of Performing Arts 2024 di Kuala Lumpur pada 27 Januari lepas bakal mewakili Malaysia ke Amerika Syarikat. 

Kanak-kanak yang berusia lapan tahun itu berjaya menewaskan pesaing-pesaing lain selepas mempamerkan tarian ‘The Little Bornean Birdie’ yang diinspirasikan daripada burung ruai, kenyalang dan ngajat Iban.

Dion mengalahkan lima peserta lain dalam pertandingan kategori tarian kanak-kanak.

World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2024 di Amerika Syarikat bakal berlangsung pada 28 Jun hingga 6 Julai 2024.-EDISI UKAS

add comment