Yang di-Pertua Negeri Sarawak Terima Kunjungan Hormat Yayasan Pengakap Sarawak
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Pengakap Sarawak di Astana Negeri, pada Isnin.
Kunjungan itu diketuai oleh Pengerusi Yayasan Sarawak, Arthur Lee Cheng Chuan bersama delegasi yang turut disertai barisan kepimpinan utama termasuk Setiausaha Kehormat, John Ko dan Bendahari Kehormat, Albert Sim.
Tujuan kunjungan adalah untuk memperkenalkan barisan kepimpinan yayasan serta membentangkan perkembangan terkini program dan cadangan inisiatif termasuk penambahbaikan perlembagaan, pengenalan medal khas penghargaan, dan cadangan uniform rasmi bagi ahli yayasan.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi turut merakamkan penghargaan atas usaha Yayasan Pengakap Sarawak dalam memperkasa belia Sarawak melalui kepengakapan dan berharap agar yayasan itu terus memainkan peranan aktif dalam pembangunan sahsiah serta kepimpinan belia di negeri ini.-EDISI UKAS