Jalinan Borneo Mukah Bersama Dato Hanifah Hajar Taib
MUKAH: Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia Dato Hanifah Hajar Taib menerusi Kementerian Ekonomi akan meneruskan perjalanan ke lokasi ketiga Jelajah Jalinan Borneo RMK13 yang dijadualkan berlangsung di Mukah pada Sabtu, 20 September ini.
Pada hari tersebut, akan diadakan Sesi Libat Urus (SLU) bersama pakar, pemain industri, badan bukan kerajaan (NGO), organisasi masyarakat sivil (CSO), masyarakat awam serta pentadbiran negeri, bahagian dan daerah sekitar Mukah.
Inisiatif ini bertujuan merapatkan jurang antara rakyat dengan dasar kerajaan, di samping menjadi wadah penting untuk memberikan pengetahuan serta menjelaskan intipati Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), khususnya kepada rakyat di Sabah dan Sarawak. - EDISI UKAS