Bintagor Powerboat Race 2025 Platform Pembangunan Belia & Pelancongan
MERADONG: Bintangor Powerboat Race 2025 menjadi platform penting untuk pembangunan belia serta promosi pelancongan tempatan apabila berjaya menarik kehadiran ratusan pengunjung di Tebingan Sungai Bintagor, pada Ahad.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing yang hadir menyaksikan perlumbaan berkenaan menyifatkan pertandingan berkenaan bukan sekadar pertandingan ekstrem, tetapi platform strategik untuk mempromosi Bintangor sebagai lokasi pilihan bagi aktiviti rekreasi dan sukan air di Sarawak.
Program ini bertujuan memperkukuh pembangunan sukan air, menarik pelancong, serta merancakkan ekonomi setempat melalui penglibatan peniaga, persatuan dan komuniti tempatan.
Selain itu, ia memberi peluang kepada belia untuk menimba pengalaman dalam aktiviti ekstrem yang membina kemahiran dan keyakinan diri.
Penganjuran kali ini dijangka menjadi pemangkin kepada lebih banyak acara sukan air pada masa akan datang, sekaligus memantapkan Bintangor sebagai destinasi pelancongan sukan dan rekreasi.-EDISI UKAS