MERADONG: Pesta Meradong 2025 yang bertemakan “Keharmonian Dalam Kepelbagaian” berjaya memperkukuh keharmonian dan kreativiti komuniti tempatan.
Majlis penangguhan pesta berkenaan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, di Pentas Utama pesta berkenaan pada Ahad.
Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara, termasuk penaja utama, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) yang menaja sebanyak RM100,000.
Datuk Ding turut menyeru agar semangat perpaduan dan penghargaan terhadap budaya diteruskan dalam kehidupan seharian, sementara generasi muda terus dibimbing menjadi ejen perpaduan masa depan.
Sepanjang pesta, pelbagai aktiviti termasuk sukan, kebudayaan, pameran, keusahawanan, jualan produk tempatan, konsert dan persembahan seni telah memperlihatkan perpaduan, kreativiti, serta menjadi nadi kepada kemajuan daerah.
Pesta Meradong 2025 menjadi simbol walaupun berlainan kaum dan latar budaya, sekaligus menonjolkan nilai kerjasama dan keharmonian dalam kepelbagaian.-EDISI UKAS