Cerisologo Mulakan Tugas Sebagai Pegawai Daerah Kanowit
SIBU: Mantan Pegawai Daerah Kapit, Cerisologo Sabut secara rasmi memulakan tugas sebagai Pegawai Daerah Kanowit yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Majlis serah tugas itu diadakan di Pejabat Residen Bahagian Sibu, pada Jumaat yang turut disaksikan Residen Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman.
Pada majlis tersebut, turut diadakan sesi serah tugas melibatkan Pegawai Tadbir Khas Agensi Pembangunan Wilayah Tengah Rajang (MiRRDA), Kathreen Lalai Eddie Saga kepada Jackline August @ August Jahar.
Jackline akan memulakan tugas sebagai Pegawai Tadbir Khas MiRRDA mulai 2 Januari 2026, manakala Kathreen Lalai akan menyertai Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti sebagai Timbalan Setiausaha Tetap.
Kathreen dijadualkan melapor diri pada 6 Januari 2026. - EDISI UKAS