Pelan Tindakan Jangka Panjang Perlu Dibuat Atasi Masalah Banjir Di Sarawak
KUCHING: Pelan tindakan jangka panjang perlu dibuat dalam usaha mengatasi masalah banjir yang sering berlaku saban tahun di Sarawak.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kelemahan dari sudut perancangan, pembangunan semula dan termasuk perubahan iklim.
"Paling penting kepada kita adalah faktor mitigasi yang memerlukan pelan tindakan jangka panjang terutamanya kepads pihak Residen Bahagian yang says rasa perlu dibawa kepada Majlis Perancangan Negeri (MPN).
"Contohnya, rumah panjang baharu yang ingin dibina perlu disyorkan untuk dibina di tempat yang lebih tinggi dan bukannya di sungai yang sering menjadi lokasi pilihan.
"Sekarang, Kerajaan Sarawak telah membina banyak jalan baharu maka kita perlu mengelakkan masalah bencana banjir ini sebaiknya," katanya ketika berucap taklimat ringkas semasa lawatan ke Pusat Kawalan Bencana Negeri Sarawak (SDCC) di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya pada Sabtu.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi menambah, pihak MPN juga melihat kepada perubahan iklim yang menjadi faktor besar kejadian banjir yang semakin bermasalah terutamanya dengan keadaan negeri ini yang semakin membangun.
Jelasnya, perubahan iklim tidak akan berubah untuj tahun mendatang maka perlu adanya pembangunan yang memfaktorkan kepada keadaa tersebut.
Hadir sama, isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) merangkap Timbalan Pengerusi JPBNS Datu Felicia Tan Ya Hua serta ahli jawatankuasa lain terdiri daripada agensi-agensi kerajaan.-EDISI UKAS