Program Gunting Rambut Percuma ‘Back To School’ Ringankan Beban Ibu Bapa
SRI AMAN: Program Gunting Rambut Percuma ‘Back To School’ anjuran Saberkas Cawangan Lingga dengan kerjasama Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lingga sedikit sebanyak meringankan beban ibu bapa menyiapkan anak-anak mereka sebelum bermula sesi persekolahan 2026.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor, turut hadir meninjau pelaksanaan program serta menyampaikan sijil penghargaan kepada para barber yang terlibat secara langsung menjayakan inisiatif tersebut.
Pihak penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Unit Saberkas 02 Ladong serta Ahli-ahli Pemuda PBB N.28 Lingga atas komitmen, sumbangan masa dan tenaga dalam memastikan kelancaran penganjuran program berkenaan.
Program ini bukan sahaja membantu meringankan beban kewangan ibu bapa, malah berperanan mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat setempat, badan sukarela dan kepimpinan kawasan.
Penganjur berharap agar inisiatif seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi kesejahteraan dan kebajikan komuniti setempat.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Cawangan PBB Lingga Suhardi @ Roslan Los dan Ketua Pemuda PBB Lingga Abdul Rahim Jamil. -EDISI UKAS