Yang di-Pertua Negeri Sarawak & Isteri Terima Kunjungan Hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura Ke Malaysia
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi telah menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Singapura Ke Malaysia, Vanu Gapola Menon di kediamannya di sini pada Isnin.
Kehadiran beliau mengadap Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi untuk memaklumkan mengenai perancangan untuk mewujudkan pejabat konsul Singapura di Sarawak.
Difahamkan, pejabat konsul Singapura masih lagi mencari lokasi strategik dan akan dilakukan pra-pembukaan pada waktu terdekat.
Dalam pada itu, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi dan Vano Gapula turut membincangkan bagaimana untuk meningkatkan industri pelancongan antara kedua-dua pihak yang mampu memberi manfaat secara dua hala.
Hadir sama, Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri Malaysia Dato Fenny Nuli. -EDISI UKAS
Disediakan oleh: Ahmad Daniel Faiz
Gambar: Shahril Haqim