Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Perkukuh Silaturahim Warga Sekolah & Komuniti
MATU: Sambutan Ramah Tamah Aidilfitri di peringkat sekolah terus memainkan peranan penting sebagai platform memperkukuh hubungan silaturahim serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan warga pendidikan, ibu bapa dan komuniti setempat.
Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi berkata, sambutan Aidilfitri bukan sekadar diraikan dengan penuh kemeriahan, malah berperanan sebagai medium terbaik untuk menyemai nilai saling bermaaf-maafan serta mempererat hubungan dalam kalangan masyarakat.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Simfoni Budaya Sebati: Sinaran Aidilfitri & Kilauan Gong Xi anjuran Sekolah Kebangsaan Bawang Tian, di sini, pada Rabu.
Dalam pada itu, Ahmad Johnie turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen ibu bapa yang memberikan sokongan padu dengan menyediakan pelbagai juadah hari raya di setiap meja, sekali gus menyerlahkan semangat kerjasama dan kebersamaan dalam menjayakan penganjuran majlis tersebut.
Majlis berkenaan berlangsung dalam suasana meriah dengan penyediaan pelbagai gerai yang mana beliau turut meluangkan masa melawat setiap gerai bagi menyantuni warga sekolah serta para pengunjung yang hadir.
Selain itu, beliau juga berkesempatan mengadakan lawatan ke Bilik Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah dan menegaskan bahawa aspek penyediaan kemudahan serta keperluan pendidikan khas perlu diberi perhatian sewajarnya.
Selain itu, Ahli Parlimen Igan itu juga berkesempatan mengadakan lawatan ke Bilik Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah dan menegaskan bahawa aspek penyediaan kemudahan serta keperluan pendidikan khas perlu diberi perhatian sewajarnya.-EDISI UKAS