GEDONG: Seramai 40 pelajar istimewa dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Daerah Gedong diraikan dalam satu majlis ramah tamah Aidilfitri pada Rabu.
Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Wakil Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Dato Sri Mohd Naroden Majais, yang turut meluangkan masa menyantuni para pelajar selain beramah mesra bersama penjaga serta tenaga pengajar PPDK Daerah Gedong.
Dalam majlis berkenaan, beliau turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada kesemua pelajar sebagai tanda keprihatinan dan sokongan berterusan terhadap golongan istimewa agar mereka tidak terpinggir daripada arus pembangunan masyarakat.
Inisiatif tersebut mencerminkan komitmen berterusan pihak kepimpinan dalam memastikan kebajikan serta kesejahteraan pelajar istimewa sentiasa diberi perhatian di samping memperkukuh nilai kasih sayang, inklusiviti dan semangat kebersamaan dalam komuniti setempat. -EDISI UKAS