Projek Penyelenggaraan Ban Perkuburan Mayong Tingkat Sistem Saliran, Akses & Kawalan Banjir
GEDONG: Projek Penyelenggaraan Ban Perkuburan Mayong signifikan dalam membantu meningkatkan sistem saliran, akses dan kawalan banjir di kawasan sekitarnya.
Projek bernilai RM593,006 itu merangkumi kerja-kerja tanah, pembinaan dan penyiapan longkang terbuka konkrit bertetulang selebar 600 milimeter sepanjang kira-kira 150 meter, pembinaan pembetung paip HDPE berdiameter 900 milimeter sepanjang 9.0 meter berserta pintu kepak HDPE, serta pembinaan dan penyiapan jalan batu kelikir bagi memudahkan akses ke kawasan perkuburan.
Projek yang bermula pada 19 Mei 2025 berjaya disiapkan pada 11 Jun 2026 dengan tempoh pelaksanaan selama 10 bulan.
Pelaksanaan projek ini memberi manfaat besar kepada penduduk setempat khususnya dalam memperkukuh sistem saliran, mengurangkan risiko banjir dan hakisan di kawasan perkuburan selain menyediakan laluan yang lebih selesa serta selamat kepada pengunjung dan waris yang menziarahi tanah perkuburan tersebut.
Kemudahan yang dinaik taraf ini juga dijangka dapat memastikan kawasan perkuburan Mayong berada dalam keadaan lebih terurus, bersih dan kondusif untuk kegunaan masyarakat setempat pada jangka masa panjang.
Hadir sama, wakil Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) Chua Wey Lin, wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bahagian Samarahan Muadzam Alhaq Kuzbari, wakil Pusat Khidmat Gedong Maharthir Oyak dan wakil Pejabat Daerah Gedong Mohammad Fikri Abang Monir. -EDISI UKAS