PPRS Bantu Juping Rayong Miliki Kediaman Lebih Selesa
SIBURAN: Juping Rayong dari Kampung Gayu kini memiliki kediaman yang lebih selesa selepas menerima rumah baharu menerusi Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) Fasa 3 Tahun 2025 pada Selasa.
Majlis penyerahan kunci rumah bantuan bina baharu itu disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.
Rumah berkenaan dibina selaras usaha kerajaan menyediakan kediaman yang lebih selesa dan selamat kepada golongan memerlukan, sekali gus meningkatkan kesejahteraan serta kualiti hidup penerima dan keluarga.
Rumah berkenaan dibina sebagai usaha kerajaan membantu golongan memerlukan mendapatkan kediaman yang lebih selesa dan selamat, sekali gus meningkatkan kesejahteraan serta kualiti hidup penerima dan keluarga.
Projek tersebut dilaksanakan oleh B'Tangan Enterprise sebagai kontraktor dengan Pejabat Daerah Siburan bertindak sebagai agensi pelaksana, manakala Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Serian sebagai agensi teknikal.
Kerja-kerja pembinaan rumah itu bermula pada 9 Mac 2026 dan siap sepenuhnya pada 8 Julai 2026.
PPRS yang dibiayai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) merupakan antara inisiatif kerajaan membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan kediaman yang lebih baik. -EDISI UKAS