KOTA KINABALU: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg hadir bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di sini pada Jumaat.
Mesyuarat yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor bersama barisan kepimpinan tertinggi kerajaan negeri itu.
Turut hadir mengiringi Premier Sarawak dalam mesyuarat itu ialah, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Peguam Besar Sarawak, Dato Sri Saferi Ali, Setiausaha Kewangan Sarawak, Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.