Perlawanan Persahabatan Eratkan Hubungan PDRM dan Komuniti Debak
DEBAK: Perlawanan persahabatan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Betong dengan komuniti setempat menjadi platform mengeratkan hubungan antara polis dan masyarakat menerusi aktiviti sukan.
Perlawanan yang berlangsung di Padang Riveria, Debak, pada Khamis itu melibatkan tiga pasukan, iaitu PDRM Betong, Team Razi dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), dengan penyertaan kira-kira 60 orang.
Program anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas dengan kerjasama Balai Polis Daerah Betong itu memberi peluang kepada anggota polis dan masyarakat berinteraksi dalam suasana santai.
Selain menggalakkan gaya hidup sihat, aktiviti berkenaan turut memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan persefahaman dalam kalangan peserta, termasuk warga emas.
Hubungan baik antara polis dengan masyarakat penting dalam menyokong usaha menjaga keselamatan dan ketenteraman setempat.
Penganjuran aktiviti seumpama itu menyediakan ruang kepada polis dan komuniti untuk terus berinteraksi melalui kegiatan kemasyarakatan.-EDISI UKAS