Tania Isabella McCabe Dinobat Miss Belia Sarawak 2026
BINTULU: Tania Isabella McCabe, 19, dinobatkan sebagai juara Miss Belia Sarawak 2026, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM3,500.
Beliau turut memenangi empat gelaran sampingan iaitu Best Outfit – Opening, Best Talent Show, Miss Popular dan Boulevard Jury Favourite.
Tempat naib juara pertama disandang Jesseyoniaty Robert, 24, yang menerima RM2,500 serta gelaran khas The Power of District.
Phoebe Kisi, 24, pula menduduki tempat naib juara kedua dengan hadiah RM1,500, selain memenangi gelaran Best Video yang menawarkan hadiah RM500.
Tempat naib juara ketiga menjadi milik Veniesha Enjau Leslie Beti, 19, yang menerima RM800, manakala Cathleen Rata Micheal, 20, menduduki tempat naib juara keempat dengan hadiah RM500.
Cathleen turut memenangi gelaran Best Makeup dengan hadiah RM300 dan tempat naib juara pertama bagi pertandingan bakat yang menawarkan RM200.
Sementara itu, Phynterliana Agatha Lambeh Herryson, 21, menduduki tempat naib juara kelima dengan hadiah RM300 serta gelaran Best Catwalk.
Pertandingan Miss Belia Sarawak 2026 menghimpunkan barisan finalis yang memperlihatkan keyakinan, bakat dan kebolehan masing-masing dalam merebut gelaran utama serta anugerah sampingan.- EDISI UKAS