Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Perkukuh Hubungan Pemimpin Dengan Masyarakat Akar Umbi
SPAOH: Majlis Pemimpin Bersama Rakyat menjadi platform untuk memperkukuh hubungan antara pemimpin dan masyarakat akar umbi, selain membuka ruang perbincangan mengenai perkembangan serta keperluan penduduk setempat.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, majlis itu memberi peluang kepada beliau untuk beramah mesra dengan masyarakat, mendengar pandangan serta mengenal pasti keperluan penduduk, khususnya di Kampung Melayu Spaoh.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang berlangsung di Market Komuniti Spaoh di sini, Jumaat.
Datuk Amar Douglas turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang hadir bagi menjayakan majlis berkenaan.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Betong, Dato Dr. Richard Rapu yang turut menyantuni masyarakat yang hadir.
Hadir sama, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Roseline Mapong, Pegawai Tadbir Menguasa Daerah Kecil Spaoh Denny Lim, Timbalan Ketua PBB Cawangan N.37 Bukit Saban, Abang Madehi serta Penghulu Kampung Melayu Spaoh Allem Ahi.-EDISI UKAS