KUCHING: Seramai 137 orang penerima dikurniakan Pingat dan Darjah Kebesaran Sarawak daripada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Sarawak di Dewan Besar Astana Negeri di sini, pada Rabu.
Mendahului senarai 10 penerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K), ialah Ketua Biro Pendidikan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Wanita Sarawak, Datin Fauziah Mardiana Sepawi, serta Pengarah Institut Tenaga Lestari dan Diperbaharui (ISuRE) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Ts Dr Shanti Faridah Salleh.
Turut menerima penganugerahan ialah 20 individu yang dikurniakan Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B) termasuk Dr Ho Ai Chia, Dr Sally Suriani Ahip, Dr Mohamad Norjayadi Tamam dan Dr Rudy Tawie Joseph Sipi.
Sementara itu, seramai 18 penerima menerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Ahli Bintang Sarawak (A.B.S) dan juga 18 penerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K).
Bagi Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T), seramai 39 individu telah menerimanya, antaranya ialah Abdul Aziz Kadri, Abdul Karim Dollah, Ain Lamat, Amin Mangi, Amirul Syafiq @ Kertini Karnil dan Amir Hamzah Jahidin.
Manakala seramai 32 individu dikurniakan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Bentara Bintang Sarawak (B.B.S), termasuk Awang Sahpura Awang Mangku, Aidel Jemat, Bohari Mohamad Zini, Chundi Jipon dan Emran Pa’ee.
Turut hadir dalam istiadat penganugerahan tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohammad Abu Bakar Marzuki.
Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr. Juanda Jaya, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Dr. Malcolm Mussen Lamoh, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Dato Majang Renggi, Peguam Besar Sarawak, Dato Sri Saferi Ali, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata, Setiausaha Sulit Kanan kepada Premier Sarawak, Datuk Khir Busrah, Ketua-Ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.-EDISI UKAS